Tuesday, April 14, 2009

ALBUM KE-DUA AKAN DILANCARKAN.

















Sudah lama nampaknya saya tidak up-date blog ni... Minta maaf kepada semua kawan-kawan ya.... Semenjak dua menjak ni, ada sibuk sikit bah... He...... he... sya tengah menghabiskan rakaman album saya yang ke-dua ni. Baru aje siap. Sekarang ni master CD dihantar ke Kuala Lumpur untuk tujuan membuat copy. Kalau tiada masalah, hujung bulan April ni, Album saya akan dilancarkan. Album yang ke-dua kali ini memberikan kelainan sedikit dari album yang pertama. lagu-lagu saya telah dicipta oleh Benn Simon Bukag, Apai, Datu Badd, DJ Matinin Yukim dan juga saya sendiri. Terima kasih kepada Simusic Studio (http://smsstudio.blogspot.com) dan "produced" saya Benn Simon Bukag. Benn lah yang bertungkus-lumus menyiapkan album saya ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat recoding kah, MTV karaoke kah, Video Editing, Sound System di kenduri-kenduri kahwin kah, hubungilah mereka di
Blok A, Lot no 9, Tingkat 1, Kompleks Sri Rangan Kota Belud, P.O.Box: 151,89158 Kota Belud, Tel:088973040 ( Benn, lepas ini kau kena belanja saya ah... heee..heee) Antara lagu-lagu yang terdapat di dalam album saya kali ini,

Natalup
Sumandak Kiulu
Pinirubaan Mogowit Piupusan
Id Suang Piisaan
Kakal Oku Poinsorou
Tongkiad Noh Koupusan
Kanou Minsisingilo
Boros Di Pinoboros Nu
Hur Ka Lo Tombolog
Kasih Pergilah


Bonus Track: Sumandak Kudat
(Demo untuk lagu-lagu ini boleh dengar di Singing Box yang terdapat di blog saya ini)

Saya akan melancarkan album ini selepas aje CD ini siap 100%. Kepada semua kawan-kawan saya dan juga peminat-peminat saya, jangan lupa dapatkan album saya original ya. Siapalah yang menyokong artis-artis tempatan kitakan kalau bukan kita sendiri. Nanti saya akan up-date lagi blog ini untuk memberi tahu masa dan tempat pelancaran album ini nanti. Kawan-kawan dan peminat-peminat saya juga boleh mendapatkan album ini dengan pengurus saya Mahapson. Boleh menghubungi beliau di http://mahapson.blogspot.com atau cari aje dia di Facebook dia dengan menaip "mailson mahap" ruang search di Facebook atau pun e-mail aje dia di www.mahapson@yahoo.com.my. Terima kasih juga kepada Gogds (http://gogds.blogspot.com) kerana beliaulah yang bertangungjawab 100% dalam pembikinan cover album ini. Beliau berkerja-keras siang malam untuk menyiapkan cover album saya yang ke-dua ini. Terima kasih atas sokongan anda semua.