Sunday, April 11, 2010

MTV Karaoke "Natalup"

MTV Kara-oke saya akan berada di pasaran tidak lama lagi.... Sekarang ni tengah menunggu copy dari KL..... harap-harap MTV ni akan sampai di Sabah sebelum Pesta Kaamatan tahun ni. MTV ni merupakan Kara-oke bagi album ke-2 saya tempoh hari iaitu "Natalup" tapi ada 1 lagu baru yang saya selitkan dalam album MTV ini iaitu..... "BorosNu Di Tohuri Noh" ciptaan penuh oleh Benn S. Bukag. MTV kali ini di buat sepenuhnya di Benn Studio yang di miliki penuh oleh Benn S. Bukag. Terima kasih kepada Benn kerana bertungkus-lumus menyiapkan MTV saya ini. memang sentuhan kau betul berhasil. Juga kepada peminat-peminat saya di luar sana, terima kasih banyak-banyak kerana setia menanti MTV kara-oke saya ini, lepas ni bolehlah kita berkara-oke sama-sama kan... hehehhe... jangan lupa dapatkan yang original nanti ah... terima kasih kerana menyokong industri Muzik kita.... Tanpa kamu orang semua, terkubur juga bakat-bakat artis tempatan kita semua... Juga tidak lupa, kepada pengurus saya, Mailson Mahap (Mahapson) kerana bertungkus lumus mengatur promosi dan jualan MTV ini nanti, Thank U Mahapson.

Thursday, April 1, 2010

Baru sebentar tadi, pengurus saya (Mahapson) telah menghubungi saya melalui telefon.... dia cakap saya akan membuat persembahan pada 16hb April nanti semasa Final KENTE musim ke-2 2010... wow...... Happy nya..... Saya happy-happy sangat dapat ini even... walaupun saya hanya diberi masa untuk 1 lagu sahaja, tapi sekurang-kurangnya saya gembira kerana saya dapat berkerja sama dengan KENTE.... Thank u kepada pengurus saya, Mahapson..... juga kepada semua AJK-AJK KENTE... Thank You. Kemungkinan saya akan nyanyi lagu duet saya dengan Brenda atau pun saya akan bawah lagu Natalup..... tengok dulu lah macam mana.... fikir-fikir dulu.... Kalau Brenda free time tu, kemungkinan besar kami akan nyanyi lagu kami, tapi kalau time tu Brenda sibuk, saya akan bawah lagu "Natalup" saya.... Jangan lupa ya.. Jumpa kamu orang di sana....... Kita datang ramai-ramai. Kita sokong Finalist KENTE kita.... saya dengar semua Finalist tahun ini hebat-hebat semuanya... Jumpa kamu orang di sana ya..... .


Add Video

Monday, March 22, 2010

TERLALU LAMA.......

Ini gambar-gambar terbaru saya yang telah di ambil oleh Mahapson Photography. (Pengurus saya). Thank you Mahapson. Inilah yang terbaru konon ni....



Lama sangat saya tidak "up-date" blog ini tau..... sorry dan minta maaf banyak-banyak ya.... banyak sangat yang mahu di urus ni.... mana lagui kerja-kerja di pejabat... mana lagi aktiviti-aktiviti lain saya....... Buat masa ini, saya baru sahaja selesai menyiapkan MTV Karaoke album "Natalup" saya....... sekarang ini dalam proses penghantaran "Master Copy" ke Kuala Lumpur untuk di buat salinan. Kalau tiada masalah, sebelum "Perayaan Pesta Kaamatan" MTV tu akan keluar. Jadi.... kawan-kawan dan semua peminat-peminat saya........ sabar aje lah ya... Biar saya "Up-Load" video demo lagu yang terdapat di MTV saya nanti. Tajuk lagu ini "Pinirubaan Minogowit Piupusan". Lagu duet bersama dengan Brenda Lundoh. Selamat Berhibur.