Sunday, March 8, 2009

JEMPUTAN KE NEXT TOP ENTERTAINER

Baru-baru ini (06 May 2008), saya telah di jemput oleh KE Next Top Entertainer sebagai artis jemputan dan seterusnya membuat persembahan pada malam tersebut. Saya nyanyi lagu rancak ni kali... Lagu "Kakal Kupo Osorou". Lagu ini akan dimuatkan di dalam album ke-dua saya nanti. Nantikan kemunculan album ke-dua saya nanti ah..... akan di lancarkan dalam masa yang terdekat ini. 99% dah nak siap... tinggal sikit lagi yang nak di sempurnakan. Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam Ke Next Top Entertainer. 2 orang peminat yang bertuah pada malam itu kerana dapat menari bersama-sama dengan saya dan juga dapat hadiah istimewah iaitu tiket ke "The Beginning 2009 Concert" anjuran D'Angel's Music And Education Centre yang akan diadakan pada 13hb May 2009 ni. Terima kasih pada KADUS ENTERTAINMENT kerana menjemput saya membuat persembahan pada malam itu. Lain kali jemput lagi... haa..haa..

(Semua gambar-gambar ini di ambil oleh Mahapson Photography [ www.mahapson.blogspot.com ]. Terima kasih kepada Mahapson.)