Sunday, April 11, 2010

MTV Karaoke "Natalup"

MTV Kara-oke saya akan berada di pasaran tidak lama lagi.... Sekarang ni tengah menunggu copy dari KL..... harap-harap MTV ni akan sampai di Sabah sebelum Pesta Kaamatan tahun ni. MTV ni merupakan Kara-oke bagi album ke-2 saya tempoh hari iaitu "Natalup" tapi ada 1 lagu baru yang saya selitkan dalam album MTV ini iaitu..... "BorosNu Di Tohuri Noh" ciptaan penuh oleh Benn S. Bukag. MTV kali ini di buat sepenuhnya di Benn Studio yang di miliki penuh oleh Benn S. Bukag. Terima kasih kepada Benn kerana bertungkus-lumus menyiapkan MTV saya ini. memang sentuhan kau betul berhasil. Juga kepada peminat-peminat saya di luar sana, terima kasih banyak-banyak kerana setia menanti MTV kara-oke saya ini, lepas ni bolehlah kita berkara-oke sama-sama kan... hehehhe... jangan lupa dapatkan yang original nanti ah... terima kasih kerana menyokong industri Muzik kita.... Tanpa kamu orang semua, terkubur juga bakat-bakat artis tempatan kita semua... Juga tidak lupa, kepada pengurus saya, Mailson Mahap (Mahapson) kerana bertungkus lumus mengatur promosi dan jualan MTV ini nanti, Thank U Mahapson.

Thursday, April 1, 2010

Baru sebentar tadi, pengurus saya (Mahapson) telah menghubungi saya melalui telefon.... dia cakap saya akan membuat persembahan pada 16hb April nanti semasa Final KENTE musim ke-2 2010... wow...... Happy nya..... Saya happy-happy sangat dapat ini even... walaupun saya hanya diberi masa untuk 1 lagu sahaja, tapi sekurang-kurangnya saya gembira kerana saya dapat berkerja sama dengan KENTE.... Thank u kepada pengurus saya, Mahapson..... juga kepada semua AJK-AJK KENTE... Thank You. Kemungkinan saya akan nyanyi lagu duet saya dengan Brenda atau pun saya akan bawah lagu Natalup..... tengok dulu lah macam mana.... fikir-fikir dulu.... Kalau Brenda free time tu, kemungkinan besar kami akan nyanyi lagu kami, tapi kalau time tu Brenda sibuk, saya akan bawah lagu "Natalup" saya.... Jangan lupa ya.. Jumpa kamu orang di sana....... Kita datang ramai-ramai. Kita sokong Finalist KENTE kita.... saya dengar semua Finalist tahun ini hebat-hebat semuanya... Jumpa kamu orang di sana ya..... .


Add Video

Monday, March 22, 2010

TERLALU LAMA.......

Ini gambar-gambar terbaru saya yang telah di ambil oleh Mahapson Photography. (Pengurus saya). Thank you Mahapson. Inilah yang terbaru konon ni....



Lama sangat saya tidak "up-date" blog ini tau..... sorry dan minta maaf banyak-banyak ya.... banyak sangat yang mahu di urus ni.... mana lagui kerja-kerja di pejabat... mana lagi aktiviti-aktiviti lain saya....... Buat masa ini, saya baru sahaja selesai menyiapkan MTV Karaoke album "Natalup" saya....... sekarang ini dalam proses penghantaran "Master Copy" ke Kuala Lumpur untuk di buat salinan. Kalau tiada masalah, sebelum "Perayaan Pesta Kaamatan" MTV tu akan keluar. Jadi.... kawan-kawan dan semua peminat-peminat saya........ sabar aje lah ya... Biar saya "Up-Load" video demo lagu yang terdapat di MTV saya nanti. Tajuk lagu ini "Pinirubaan Minogowit Piupusan". Lagu duet bersama dengan Brenda Lundoh. Selamat Berhibur.





Tuesday, December 8, 2009

STUDENT MINI CONCERT DE'ANGELS STUDIO

Lama betul saya tidak up-date oh blog saya kan.... adui... padat bah jadual saya.... mana lagi kerja-kerja office, mana lagi jemputan "event" sana-sini....... Baru-baru ini, De'Angels Studiaio.... mengadakan "Student Mini Concert". Ia telah diadakan di Buhavan Square Penampang. Memandangkan saya salah satu bekas pelajar De'Angels Studio, mereka telah menjemput saya sebagai artis jemputan pada malam tersebut... 2 buah lagu saya dendangkan untuk pengunjung pada malam tersebut. Ramai juga yang datang..... Terima kasih kepada De' Angles Studio kerana sudi menjemput saya...... Thank you all.... Oh Ya.... kepada semua peminat-peminat saya di laur sana, Tidak lama lagi VCD MTV Karaoke "Nalatup" akan berada di pasaran. Kalau tiada masalah, VCD tersebut akan keluar pada bulan FEB 2010.... Jadi, di harap semua peminat saya agar bersabar dan dapatkan VCD itu nanti ya.... Dapatkan yang original tau..... JANGAN KITA SOKONG CETAK ROMPAK DI LAUR SANA..........







Friday, August 7, 2009

MALAM ANUGERAH LEGENDA

Malam bersejarah bagi saya semalam, apa tidak, sudahlah sya dapat berkesempatan untuk menghadiri Makan Malam Anugerah Legenda, lepas tu dapat bertemu secara live dengan pelakon-pelakon yang terkemuka di semenanjung seperti A.Galak, Linda Jasmin, Que Haidar, Aziz Satar dan ramai lagi lah.... Nanti malam 8hb Ogos, Anugerah Festival Filem akan berlangsung di UMS..... wah.... tidak sabar-sabar lagi ni..... bukan apa, dalam 10 setahun belum tentu lagi sabah dapat tuan rumah Festival ini. Tiket sudah ada di tempat pengurus saya, sioknya.... Thank u Mahapson sebab tolong uruskan tiket utk saya..... Kau lah pengurus yang paling best sekali di Dunia. haa..haaa.haaa (Jak 20 Tan ni.....). Mahu datang awal supaya dapat parking dan yang penting dapat duduk depan... haa.aaaa.



























Sunday, July 5, 2009

JEMPUTAN ULANG TAHUN YANG KE-2 D'ANGELS MUSIK.

Hari jumaat yang lalu saya terlibat dengan pengambaran untuk ASTRO siaran 180 RTM-ASTRO. Saya telah menyampaikan dua lagu di album kedua saya iaitu Gadis Kudat (Versi Rungus) dan Natalup. Terima kasih kepada ASTRO kerana menjemput saya untuk pemgambaran tersebut. Hari Sabtu pula, saya berkesempatan untuk hadir ke Majlis Ulang Tahun yang ke-2 di D'Angel Penampang yang di miliki oleh Artis Tempatan Sabah iaitu Diana Stephen Tuning. Saya juga salah satu pelajar di sana. Saya ambil kelasVokal bah.. Saya telah di jemput oleh Diana sebagai artis jemputan dan telah menyampaikan 2 buah lagu hit saya iaitu lagu Natalup dan lagu Gadis Kudat. Terima Kasih kepada semua hadirin yang hadir pada masa itu. Kepada semua peminat-peminat saya, jangan lupa, saya akan berada di Pekan Motungung pada 08hb-09hb Julai ini sempena Pesta Magahau (perayaan suku kaum Rungus Kudat). Jumpa di sana.............













































































Wednesday, June 17, 2009

MINI KONSERT KAAMATAN KADUS 2009

Thanks for Sabah Times terutama si Tompinai LP Rafail Pinus kerana keluarkan artikel ini di Sabah Times. Malam itu memang siok sangat. Ramai artis-artis yang hadir turut menjayakan mini konsert tersebut. Saya telah menyampaikan lagu “Pinirubaan Mogowit Piupusan” duet dengan Brenda AJ Londoh. Lagu ni ada di dalam album ke-2 saya (Album Natalup). Thanks banyak-banyak juga dengan "Mahapson" kerana awal pagi sudah call saya, dia suruh saya beli news Sabah Times. Lepas tu, mahapson bagi tahu lagi yang album saya betul-betul sudah habis.... odoi dogo..... bila saya dengar ini berita macam-macam dalam fikiran saya, yang pertama tentulah Happy sebab semua album CD saya sudah habis di jual 100%. yang kedua, kalau kedai-kedai CD call si "Mahapson" minta order balik sebab di kedai dia orang sudah habis, apa mahu cakap dengan dia orang nanti.... mengikut sumber dari "Mahapson", yang paling cepat habis di area Tuaran.... wah... Ramai juga pula peminat saya di Tuaran ni pula... (Konon..... minta puji dulu sikit). Lepas tu Syarikat Ligo Muzik. Sudah 2 kali dia order dengan "Mahapson". Sekarang CD dah habis. Nak buat copy balik tu CD? Saya bincang dululah dengan Manager saya si "Mahapson" dan Album Producer saya, SMS Studio. (Benn S. Bukag). Tengok macam mana pendapat dia orang. Terima Kasih kepada semua peminat-peminat saya di luar kerana sentiasa menyokong saya dari belakang. Tanpa kamu orang semua, siapalah kami artis-artis KADUS ni..... Lihat lah, album saya kejap ada sudah habis, ini semua atas sokongan kamu semua... Thank you all...........