Sunday, July 5, 2009

JEMPUTAN ULANG TAHUN YANG KE-2 D'ANGELS MUSIK.

Hari jumaat yang lalu saya terlibat dengan pengambaran untuk ASTRO siaran 180 RTM-ASTRO. Saya telah menyampaikan dua lagu di album kedua saya iaitu Gadis Kudat (Versi Rungus) dan Natalup. Terima kasih kepada ASTRO kerana menjemput saya untuk pemgambaran tersebut. Hari Sabtu pula, saya berkesempatan untuk hadir ke Majlis Ulang Tahun yang ke-2 di D'Angel Penampang yang di miliki oleh Artis Tempatan Sabah iaitu Diana Stephen Tuning. Saya juga salah satu pelajar di sana. Saya ambil kelasVokal bah.. Saya telah di jemput oleh Diana sebagai artis jemputan dan telah menyampaikan 2 buah lagu hit saya iaitu lagu Natalup dan lagu Gadis Kudat. Terima Kasih kepada semua hadirin yang hadir pada masa itu. Kepada semua peminat-peminat saya, jangan lupa, saya akan berada di Pekan Motungung pada 08hb-09hb Julai ini sempena Pesta Magahau (perayaan suku kaum Rungus Kudat). Jumpa di sana.............













































































0 comments: