Thursday, February 26, 2009

Pertandingan Akhir Juara Lagu Dusun 2008



Sudah lama saya tidak "up-date" blog ni... Minta maaf kepada semua teman-teman blog saya dan juga kepada semua peminat-peminat saya kerana saya dah lama tidak lawat-lawat blog saya ini. Sejak kebelakangan ini, padat betul jadual-jadual saya, tambahan lagi "Pertandingan Akhir Juara Lagu Dusun 2008" sudah hampir. Banyak latihan saya kena buat. Latihan dari RTM, Latihan Vokal Latihan Persembahan dan banyak lagi lah. Saya salah satu dari 10 artis yang di pilih oleh Sabah VFM untuk bertanding kali ini melalui lagu "Pogiroto Noh Ginawo". Terima kasih kepada RTM (Sabah VFM) dan juga kepada semua peminat-peminat saya yang telah mengundi saya sewaktu berada di carta Lagu Dusun Sabah VFM sehinggalah ke Final ini. Disebabkan sokongan kamu semualah saya telah sampai ke Pertandingan Akhir ini. Pertandingan kali ini akan di adakan di Ranau pada 14hb Mac 2009. Jangan lupa datang waktu tu.... Rugi kalau tidak datang sebab ramai artis-artis sabah akan berada di sana waktu itu. Selain dari saya sendiri, Artis-artis lain yang telah dicalonlah ialah Benn S. Bukag, Nokuro 29, Leornard Sentia, Naveson Galuan, John Doutis, Danny F. Malinggi, Jo-Anna, Diana Stephen dan Linda Nanuwil. Kepada semua peminat-peminat kami semua terutama peminat lagu-lagu dusun, jangan lupa mengundi kami. Siapa lagi yang sokong industri kita kalau bukan kita sendiri. Jumpa di sana.




0 comments: